Skandal rasuah, ANFA gantung pemain

Skandal rasuah, ANFA gantung pemain

KATHMANDU, 16 Okt (Reuters) – Persatuan Bola Sepak Nepal (ANFA) menggantung lima pemain sekarang dan bekas pemain pasukan kebangsaan negara itu daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak selepas mereka diberkas minggu ini atas dakwaan rasuah menetapkan perlawanan.

Polis Nepal memberkas kapten skuad kebangsaan Sagar Thapa serta Sandip Rai, Ritesh Thapa, Bikash Singh Chhetri dan jurulatih Anjan KC pada Rabu lepas atas dakwaan menetapkan perlawanan sejak tahun 2008 lagi.

“ANFA berasa amat sedih dan terkejut mendengar berita mengenai penyiasatan ke atas kapten pasukan kebangsaan Sagar Thapa along bersama-sama Sandeep Rai, Ritesh Thapa, Bikash Singh Chhetri dan jurulatih Anjan KC berhubung penetapan perlawanan,” menurut ANFA dalam satu kenyataan.

“Kes ini adalah amat sensitif, jadi ANFA akan menghalang empat pemain dan jurulatih daripada mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga kes diselesaikan.”

Polis Nepal berkata mereka masih meneruskan siasatan dan masih belum memuktamadkan bentuk dakwaan.

“Kes ke atas para pemain sudah didaftarkan tetapi masih ada beberapa prosedur penyiasatan yang perlu laksanakan,” SSP Sarbendra Khanal dari Divisyen Jenayah Polis Metropolitan memberitahu Reuters.

“Dakwaan masih beliau lagi ditetapkan. Mungkin mengambil masa beberapa minggu, Para pemain terbabit akan terus berada dalam tahanan.”

Skandal menetapkan perlawanan adalah satu lagi tamparan ke atas persatu bola sepak negara itu yang sedia bermasalah selepas badan induk bola sepak dunia FIFA melancarkan siasatan tahun lepas berhubung salah pengurusan kewangan ketika ANFa di bawah pentadbiran Ganesh Thapa.

Tahun lepas, para pegawai dari ANFA meminta FIFA menyiasat badan bola sepak Nepal tersebut.