Skandal rasuah, menteri kewangan letak jawatan

Skandal rasuah, menteri kewangan letak jawatan

BANDAR GUATEMALA, 25 Ogos (Reuters) – Menteri Kewangan Guatemala Dorval Carias meletakan jawatan semalam di tengah-tengah skandal rasuah yang semakin mendalam yang turut menyaksikan gesaan bagi pendakwaan ke atas Presiden Otto Perez.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Carias tidak memberikan sebab kerana keputusannya, tetapi langlah itu dibuat ketika kementerian sedang membentuk bajet bagi tahun depan.

Menteri Komunikasi Victor Corado turut mengemukakan peletakan jawatan semalam dan tiga menteri lain tiga menteri lain melakukan perkara yang sama pada hujung minggu selepas Peguam Negara meminta Mahkamah Agung bagi kebenaran untuk mendakwa Perez berhubung skandal kastam.

Bekas Menteri Kewangan Guatemala, Dorval Caris. – AFP
Bekas Menteri Kewangan Guatemala, Dorval Caris. – AFP

Presiden menafikan sebarang salah laku dan dilaporkan berkata beliau tidak akan berundur, tetapi kedudukannya semakin terjejas selepas para pendakwa raya minggu lepas memberkas bekas naib presidennya berhubung skandal kastam dan berkata mereka percaya Perez yang berusia 64 tahun turut terbabit dalam kes berkenaan.

Bidaan bagi pendakwaan itu berikutan dakwaan selama berbulan-bulan ke atas para pegawai utama, yang pada Mei menyebabkan Perez memecat beberapa menteri kabinet kanannya.