Skandal vaksin haram China meluas

Skandal vaksin haram China meluas

SHANGHAI, 23 Mac (Reuters) – Polis China telah menahan 37 orang dalam skandal yang semakin meluas yang berkaitan jualan haram vaksin, lapor agensi berita rasmi, satu kes yang menurut Perdana Menteri Li Keqiang mendedahkan lubang-lubang menakutkan dalma peraturan pasaran ubat kedua terbesar di dunia itu.

Polis telah membuat tangkapan di Shandong, wilayah timur yang menjadi tumpuan skandal itu, lapor agensi berita rasmi Xinhua melaporkan hari ini. Tangkapan dibuat selepas kes itu, yang melibatkan hampir AS$90 juta vaksin haram, didedahkan minggu lalu.

Skandal itu, yang telah mencetuskan perdebatan marah di China, memperlihatkan bayangan cita-cita Beijing untuk mengukuhkan pasaran dadah domestiknya dan menekankan cabaran yang dihadapinya untuk mengatur rangkaian bekalan ubat yang meluas dan berpecah-pecah.

Isu peraturan, dari makanan dan dadah hinggalah jualan online, telah semakin menjadi perkara yang menimbulkan perbalahan di China, ketika ia akan memperlihatkan reputasi buruk bagi kualiti dan keselamatan. Bagaimanapun, para pengatur telah menekankan ketiadaan sumber dan kakitangan untuk dengan mencukupi mengatur sektor-sektor mereka.

“Kes keselamatan vaksin ini telah menarik tumpuan dekat dan menunjukkan terdapat banyak jurang dari segi peraturan,” Perdana Menteri Li berkata dalam satu kenyataan di laman sesawang pusat kerajaan.

Li berkata pihak berkuasa seharusnya meningkatkan sistem peraturan yang melingkari penghasilan dan pengagihan vaksin dan sebarang keabaian tugas tidak akan tolak ansur. Kementerian kesihatan China, dipetik oleh Xinhua berkata ia belum lagi menemui sebarang peningkatan dalam reaksi luar biasa terhadap pemvaksinan. Vaksin-vaksin, yang termasuklah vaksin meningitis, anjing gila dan penyakit lain disyaki dijual di berbelas-belas wilayah sekitar China sejak 2011.

Ibu bapa yang berang telah menyuarakan kebimbangan mereka secara online. Seorang ibu berkata dia mahu membawa anaknya keluar dari China untuk lari dari ‘susu beracun minyak kotor dan vaksin yang tidak berkesan.”

ARTIKEL YANG SAMA