Skechers kini di Aiport Mall

Skechers kini di Aiport Mall

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – GL Extra Enterprise selaku pengedar kasut jenama Skechers di negara ini, telah membuka cawangan kelima kedai Skechers di Airport Mall, dengan majlis pelancarannya, hari ini.

Perasmian cawangan baru itu disempurnakan oleh Pengurus Besar GL Extra Enterprise, Lim Kwee yang menyatakan, pembukaan cawangan ini memberi peluang kepada penduduk di kawasan Berakas untuk mendapatkan kasut pilihan mereka dengan lebih mudah lagi.

Menurutnya lagi, untuk mempelbagaikan pilihan kasut, buat julung-julung kalinya, cawangan Airport Mall telah menampilkan kasut untuk kanak-kanak yang dinamakan Games Shoe.

Pelanggan yang membeli kasut Skechers di cawangan Airport Mall juga dapat meletakkan kereta di aras bawah tanah bangunan Aiprort Mall selama dua jam secara percuma.

Pengurus Besar Lim Kwee menunjukkan kasut Skechers yang tidak asing lagi bagi atlet sukan negara ini.
Pengurus Besar Lim Kwee menunjukkan kasut Skechers yang tidak asing lagi bagi atlet sukan negara ini.
Cawangan Skechers Airport Mall sedia memberi kemudahan kepada pelanggan di kawasan Berakas.
Cawangan Skechers Airport Mall sedia memberi kemudahan kepada pelanggan di kawasan Berakas.
Games Shoe pastinya menjadi pilihan kanak-kanak.
Games Shoe pastinya menjadi pilihan kanak-kanak.

Peminat kasut Skechers dan orang ramai juga berpeluang mendapatkan promosi istimewa Hari Raya bermula 23 Jun 2015, yang menawarkan potongan harga sehingga 20 hingga 30 peratus bagi pelanggan biasa.

Sementara itu, bagi ahli Skechers ditambah lima peratus lagi daripada jumlah potongan yang ditawarkan selain potongan harga 25 peratus untuk rekaan baru Skechers.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa mereka akan membuka satu lagi cawangan Skechers di Tanjong Bunut dalam masa terdekat ini.

ARTIKEL YANG SAMA