Skrin gergasi alat propaganda IS

Skrin gergasi alat propaganda IS

BAGHDAD, 15 Jun (Reuters) – Anggota militan Negara Islam (IS) membangunkan skrin televisyen gergasi di bandar Ramadi di Iraq dan menggunakannya untuk mengisytiharkan bahawa mereka akan menguasai lebih banyak wilayah Iraq selepas menawan ibu negeri wolayah itu bulan lepas, menurut para penduduk.

Usaha-usaha oleh kerajaan diketuai Islam Syiah dan sekutu Amerika untuk menumpaskan kawalan ke atas kira-kira sepertiga Iraq pada masa ini ditumpukan kepada Ramadi, di wilayah Anbar yang majoriti penduduknya dari puak Sunni.

“Mereka mula menayangkan video operasi ketenteraan mereka di Iraq serta turut menyiarkan rakaman pengakuan daripada para tentera yang berjaya mereka tawan,” kata seorang pemilik sebuah kedai makan berhampiran skrin gergasi itu di bahagian tengah Ramadi.

“Sebahagian program adalah menggalakkan anak-anak muda supaya mematuhi ajaran Islam selain menunjukkan latihan ketenteraan oleh anak-anak muda dengan membawa senjata api dan tidak ketinggalan bagaimana cara untuk bertempur,” katanya, sambil meminta agar tidak dinyatakan namanya.

Kerajaan Iraq, yang kebanyakannya gagal menentang kumpulan pemberontak, amat bergantung pada militia yang disokong Iran selain serangan udara diketuai Amerika Syarikat untuk memperlahankan momentum IS, yang mereka anggap sebagai pengganas.

Kumpulan IS bertindak membunuh sesiapa sahaja yang dilihat sebagai penentang ketika ia cuba mewujudkan pemerintahan khalifah yang mapan di wilayah yang ia kuasai di Iraq dan negara jiran Syria.

Pada Rabu lepas, Presiden Barack Obama mengarahkan pengerahan 450 lagi anggota tentera ke Anbar untuk membantu tentera Iraq merampas semula wilayah yang ditawan IS.

ARTIKEL YANG SAMA