Skrtel: Pasukan negara lebih penting sekarang

Skrtel: Pasukan negara lebih penting sekarang

ST ETIENNE, 20 Jun (AFP) – Pemain pertahanan Slovakia, Martin Skrtel tidak akan berfikir dua kali untuk menghalang penyerang England, Daniel Sturridge yang juga rakan sepasukannya di Liverpool bagi membantu negaranya memenangi aksi terakhir Kumpulan B Euro 2016, awal pagi esok.

England ketika ini menerajui takhta kumpulan dengan empat mata daripada dua perlawanan, satu mata mengatasi Slovakia dan Wales manakala Russia di tangga tercorot.

“Kami boleh menjadi kawan sebelum dan selepas perlawanan tetapi di atas padang tiada istilah kawan. Saya pasti Daniel juga akan memberitahu kamu perkara yang sama,” kata Skrtel ketika sidang media.

“Jadi, jika saya perlu untuk menyepak dia bagi membantu pasukan, saya akan lakukannya,” tambah pemain berusia 31 tahun itu sambil tersenyum.

Sturridge menjaringkan gol kemenangan England bagi menewaskan Wales 2-1 pada masa kecederaan selepas masuk sebagai pemain gantian di babak kedua, Jumaat lalu.

Martin Skrtel (kanan) ketika dalam sesi latihan bersama pasukannya. – AFP
Martin Skrtel (kanan) ketika dalam sesi latihan bersama pasukannya. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Ia bukan hanya mengenai Sturridge, ia adalah mengenai semua penyerang mereka. Tidak kira dia, (Harry) Kane atau (Jamie) Vardy yang diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Kami perlu bersedia untuk menghadapi seluruh pasukan mereka yang sudah membuktikan dalam dua perlawanan awal betapa mereka adalah salah satu pasukan terbaik dunia.

“Kami perlu mengawal mereka dan bermain lebih baik. Berdepan satu lawan satu dengan Sturridge, sudah pasti kami mengenali antara satu sama lain tetapi ia tetap sukar untuk diramal apabila berdepan situasi yang spesifik, katanya.

Skrtel pernah beraksi di bawah kendalian pengurus England, Roy Hodgson ketika bersama Liverpool dan dia berkata bekas bosnya itu mempunyai kualiti tersendiri yang membolehkan dia dilantik menjadi jurulatih kebangsaan pada 2012.

ARTIKEL YANG SAMA