Skrtel sambung kontrak Liverpool

Skrtel sambung kontrak Liverpool

LONDON, 12 Julai (Agensi) – Pertahanan Liverpool, Martin Skrtel menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama kelab itu, apabila menandatangani kontrak jangka panjang baharu untuk terus bersama pasukan Merseyside berkenaan.

Pemain berusia 30 tahun itu bersetuju dengan perjanjian baharu itu sebelum pergi bercuti musim panas pada penghujung saingan liga, tatkala dia hanya memiliki baki kontrak selama 12 bulan lagi.

Dengan pemeteraian perjanjian berkenaan, bermakna Skrtel yang sudah pun bersama Liverpool selama tujuh tahun setengah, menyambung lagi khidmatnya dengan kelab itu yang disertainya pada Januari 2008 daripada Zenit St Petersburg, Russia.

Dia sebelum ini dikaitkan untuk berpindah ke Inter Milan selepas perbincangan penyambungan kontraknya tidak selesai.

Skrtel menandatangani kontrak jangka panjang yang baru bersama Liverpool. – Reuters
Skrtel menandatangani kontrak jangka panjang yang baru bersama Liverpool. – Reuters

Berikutan perkembangan ini, pengendali skuad The Reds, Brendan Rodgers kini boleh membentuk barisan pertahanan mantap dalam usaha untuk memburu sasaran menjadi pasukan empat terbaik musim depan.