Skuad Arsenal terjejas

Skuad Arsenal terjejas

NEWCASTLE Kingdom, 28 Ogos, United – Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendedahkan kecederaan Laurent Koscielny dan Per Mertsacker mungkin memaksa beliau menamakan pertahanan pilihan kedua sekali lagi di Newcastle esok.

Pemain antarabangsa Perancis, Koscielny dan pemenang Piala Dunia Jerman, Mertesacker mengalami kecederaan ketika menentang Liverpool yang berkesudahan seri 0-0 dan diragui kecergasan untuk perjalanan Liga Perdana ke St James Park.

Koscielny masih mengalami masalah belakang dan Mertesacker bergelut dengan demam, jadi Gabriel dan Calum Chambers akan mengisi kekosongan bahagian pertahanan pasukan Wenger.

“Mertesacker masih demam dan kami akan tahu mengenai Koscileny hari ini,” kata Wenger semalam. “Dia mungkin menjalani ujian belakangnya dan saya pasti mengetahui lebih banyak pagi esok. Yang cergas mungkin Mertesacker.

“Saya mahu mereka beraksi tetapi ia adalah sebahagian daripada musim. Anda tidak boleh mengadu. Kami suka tekanan. Tekanan yang lebih besar dalam tugasan kami adalah beraksi tanpa tekanan.”

Terdapat lebih banyak berita yang menarik ke atas penyerang England Danny Welbeck dan midfield Jack Wilshere yang masing-masing bebas daripada masalah lutut dan kaki.

“Welbeck berkembang dengan baik,” kata Wenger. “Dia seharusnya boleh beraksi jika semuanya berjalan lancar selepas rehat antarabangsa. Wilshere berada di belakang Welbeck, mungkin seminggu selepas rehat antarabangsa dia akan kembali menyertai latihan penuh.”

Wenger menegaskan dia masih melakukan yang termampu untuk memperkasakan skuadnya sebelum tarikh akhir perpindahan Selasa ini tetapi mengakui ia adalah masa yang mengecewakannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA