Skuad AS pecat Klinsmann

Skuad AS pecat Klinsmann

CHICAGO, 22 Nov – Bekas jurulatih yang juga pemain Jerman, Jurgen Klinsmann telah dipecat sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) selepas tewas dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.

Dia yang berusia 52 tahun itu, yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain bersama Jerman pada 1990, telah mengendalikan pasukan AS sejak 2011.

Presiden Persekutuan Bola Sepak AS, Sunil Gulati mengumumkan keputusan sukar itu tanpa menamakan seorang pengganti. Bagaimanapun pasukan Amerika Syarikat tidak akan berdepan sebarang perlawanan kelayakan Piala Dunia sehingga Mac tahun depan.

“Sementara kami kekal yakin kami mempunyai pemain-pemain berkualiti untuk membantu kami mara ke Piala Dunia Rusia 2018, prestasi dan pembangunan pasukan setakat ini meyakinkan kami perlu pergi ke haluan yang berbeza,” ujar Gulati.

“Dengan perlawanan seterusnya pada lewat Mac, kami mempunyai beberapa bulan untuk memfokuskan semula pasukan dan menentukan langkah terbaik untuk berjaya melayakkan pasukan ke dalam Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut.

 Jurgen Klinsmann telah dipecat sebagai jurulatih pasukan AS berikutan aksi hambar pada dua perlawanan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. – AFP
Jurgen Klinsmann telah dipecat sebagai jurulatih pasukan AS berikutan aksi hambar pada dua perlawanan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. – AFP

Klinsmann mempunyai rekod 55 menang 27 tewas dan 16 seri sejak mengendalikan AS pada 29 Julai, 2011, apabila Gulati menamakannya untuk menggantikan Bob Bradley yang dipecat dalam pasukan di mana anak Bradley, Michael merupakan bintang pemain tengah.

“Kami ingin berterima kasih kepada Jurgen atas kerja keras dan komitmennya dalam tempoh lima tahun ini,” ujar Gulati. “Dia telah menerima kebanggaan dalam memiliki tanggungjawab untuk menerajui program tersebut dan terdapat beberapa pencapaian sepanjang kendaliannya.”

Klinsmann membimbing pasukan Amerika itu dengan kemenangan 12 perlawanan berturut-turut pada 2013 dan 16 kejayaan dan .761 peratus kemenangan tahun itu bagi mencatatkan rekod terbaik AS.

Namun pasukan Amerika memperoleh keputusan mengecewakan ketika hanya mendapat tempat keempat pada Piala Emas 2015 dan juga tewas perlawanan playoff kepada Mexico bagi kemaraan pada Piala Konfederasi 2017.

Awal bulan ini, pasukan AS bermula dengan teruk pada pembukaan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia rantau CONCACAF, tewas 2-1 di tempat sendiri ke atas musuh ketat Mexico dan 4-0 ke ats Costa Rica. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA