Skuad bawah 19 tebus kecewa Perancis

Skuad bawah 19 tebus kecewa Perancis

HOFFENHEIM, Jerman, 25 Julai – Skuad bawah-19 Perancis menutup kegagalan pasukan senior mereka untuk menjuarai Euro 2016 dengan mengaibkan Itali 4-0 pada final Kejohanan Eropah Bawah-19 tahun, awal pagi tadi.

Jean-Kevin Augustin, Ludovic Blas, Lucas Tousart dan Issa Diop menyumbat gol di hadapan 25,100 penonton di Hoffenheim untuk membantu Les Bleus merampas gelaran yang disandang Sepanyol sebelum ini.

Les Bleus menjulang trofi itu buat kali ketiga selepas 2005 dan 2010, manakala Itali di bawah kendalian Paolo Vanoli Azzurrini mara ke pentas final pertama sejak 2003.

Aksi Augustin (kanan) semasa perlawanan akhir bola sepak U-19 di antara Perancis dan Itali di Sinsheim, semalam. – AP
Aksi Augustin (kanan) semasa perlawanan akhir bola sepak U-19 di antara Perancis dan Itali di Sinsheim, semalam. – AP

Itali yang menyingkirkan England di separuh akhir, nyata gagal menyaingi Perancis yang menunjukkan corak permainan menyerang yang baik dan ia menjadi senjata ampuh skuad kendalian Ludovic Batelli itu.

Biarpun tidak tewas dalam 10 perlawanan terakhir, namun Itali dibarisi pemain yang kurang berpengalaman berbanding Perancis yang rata-ratanya terdiri daripada pemain beraksi dalam skuad utama kelab Ligue 1. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA