Skuad bola jarring negara tekad cemerlang

Skuad bola jarring negara tekad cemerlang

Oleh Mohammad Abdullah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Pasukan Bola Jaring Brunei berharap akan mencatatkan kecemerlangan dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah ASEAN ke-7 (ASG7).

Menurut pengurus bola jaring negara, Dayang Rosni binti Haji Yahya, para pemain adalah yang terpilih daripada skim bola jaring kebangsaan dengan sebahagian mereka telah mengikutinya sejak berusia 8 tahun lagi.

Beliau mengatakan bahawa kejohanan ini adalah kali pertama mereka didedahkan kepada kejohanan bertaraf antarabangsa dengan saingan paling hebat adalah dari Singapura dan Malaysia.

Pasukan bola jaring negara bergambar bersama Chef de Mission Pengiran Rosli.
Pasukan bola jaring negara bergambar bersama Chef de Mission Pengiran Rosli.

“Kedua-dua negara itu menyerlah dalam sukan berkenaan, namun pasukan negara akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan persaingan kepada mereka.

“Mengikut sejarah perlawanan sukan bola jaring antarabangsa, pasukan Brunei mampu bersaing dengan pasukan-pasukan yang handal dan ini bererti pasukan kita mampu mencatatkan kejayaan,” tegasnya.

ARTIKEL YANG SAMA