Skuad bom musnahkan periuk tekanan dalam kereta

Skuad bom musnahkan periuk tekanan dalam kereta

WASHINGTON, 25 Mei (AFP) – Pakar pelupusan bom telah memusnahkan periuk tekanan yang telah dibiarkan di dalam sebuah kereta di bandar Amerika Syarikat (AS) semalam, menurut pihak berkuasa.

Leftenan Kimberly Schneider bagi Jabatan Polis Capitol AS memberitahu media AS bahawa para pegawai telah mengesan kereta yang tidak berpenghuni di National Mall berhampiran bangunan Capitol.

Rakaman berita tempatan menunjukkan robot skuad bom mendekati kenderaan dan sejurus selepas itu, periuk tekanan telah dimusnahkan dalam satu letupan terkawal.

Pemilik kenderaan kemudian ditangkap dan didakwa memandu selepas lesennya telah digantung. Tidak ada yang berbahaya telah ditemui di dalam kereta itu.

Bom periuk tekanan pernah digunakan dalam pengeboman Boston Marathon 2013.