Skuad Brunei berentap di Malaysia-Indonesia

Skuad Brunei berentap di Malaysia-Indonesia

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Para pemain golf tempatan akan menyertai World Amatuer Inter Team Golf Championship di Malaysia pada 17-19 November 2015 dan Garuda Indonesia Open Golf Tournament di Jakarta, Indonesia pada 18-21 November 2015.

Lapan buah pasukan tanah air yang mengandungi empat pemain bagi setiap pasukan akan menyertai kejohanan di Malaysia manakala hanya seorang pemain menyertai kejohanan di Indonesia iaitu Menuddin bin Haji Mohd Daud dari Kabak-Kabak Golf Team (KK) Preceptor.

Empat daripada pasukan negara yang menyertai kejohanan di Malaysia itu ialah KK Putting Pirates, KK MANZ, Anak Kedayan dan Matingal.

Para pemain daripada Kabak-Kabak Golf Team yang kini berada di Malaysia dan Indonesia bagi menyertai kejohanan berpasukan di Malaysia dan individu di Indonesia.
Para pemain daripada Kabak-Kabak Golf Team yang kini berada di Malaysia dan Indonesia bagi menyertai kejohanan berpasukan di Malaysia dan individu di Indonesia.

KK Putting Pirates diwakili Khairol Bakar, Pengiran Haji Ahmad Zaki, Ruddy Yussof dan Zulhilmi Rosli. Manakala KK MANZ dibarisi Zulehram Yakub, Aedy Azmani Azahari, Mahdini Rosman dan Haji Nordin Ahmad.

Haji Shaiful Ahmad, Haji Khairol Haji Jamaluddin, Qawwim Aslimon dan Suhaimi Ibrahim mewakili Anak Kedayan, sementara Faez Ahmad, Qazzri Aslimon, Leftenan Kolonel Zahrin Junaidi dan Wan Man Wan Hil mewakili Matingal.

Mereka telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam hari ini dan kelmarin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA