Skuad England kini mampu buat sesuatu yang berbeza

Skuad England kini mampu buat sesuatu yang berbeza

LONDON, 7 Jun – Wira terhadap satu-satunya kejohanan utama yang dimenangi England mengakui skuad ‘Tiga Ekor Singa’ dalam saingan Euro 2016 lebih menarik berbanding barisan pemain yang merangkul Piala Dunia di laman sendiri pada 1966.

Geoff Hurst yang meledak hatrik ketika England membenam Jerman Barat pada aksi akhir di Wembley, berkata ‘skuad kali ini lebih menarik berbanding 1966, pemain seperti Dele Alli berada dalam skuad dan memberi nafas baru untuk pasukan England.

“Dia bermain seperti di perlawanan akhir Piala Dunia meskipun sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan,” kata bekas penyerang West Ham United itu kepada BBC, semalam.

Para pemain England dalam kem latihan menjelang Euro 2016. – AFP
Para pemain England dalam kem latihan menjelang Euro 2016. – AFP

Hurst berkata demikian ketika diminta mengulas potensi skuad England yang sudah pun tiba di Chantilly, Perancis dalam usaha meraih kejuaraan utama pertama di tempat lawan.

Skuad England menampilkan barisan pemain termuda dengan purata usia 25 tahun dan kombinasi antara Harry Kane serta Jamie Vardy disifatkan sebagai antara duo berbisa pada aksi Eropah itu.

Pengendali England, Roy Hodgson berkata ‘kami tidak memiliki pengalaman namun tenaga dan semangat pemain muda boleh membantu kami.’ – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA