Skuad Euro Itali tanpa Pirlo

Skuad Euro Itali tanpa Pirlo

pg21_160518_aMILAN, 17 Mei (AFP) – Pemain veteran Itali Andrea Pirlo (gambar) adalah antara yang tidak hadir ketika jurulatih Antonio Conte menamakan 28 skuad pemain semalam bagi kem latihan pra-Euro 2016 dengan beberapa pemain bintang tidak hadir kerana akan bersaing pada final Piala Itali.

Conte, yang awal semalam dibebaskan dari dakwaan penipuan berhubung kait dengan penentuan perlawanan ketika menjadi jurulatih pasukan Serie B, Siena pada 2011, sekarang boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Azzurri walaupun masih lagi memilih skuad 23 pemain terakhirnya.

Para pemain Itali akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala terutamanya pasukan Juventus, AC Milan, Paris Saint Germain dan Manchester United yang bermakna skuad terakhir Conte pada 31 Mei mungkin dilihat berbeza.

Pertahanan Leonardo Bonucci adalah satu-satunya pemain Juventus yang dilibatkan bagi kem latihan pertama bermula di Coverciano esok berhampiran Florence kerana digantung bagi perlawanan akhir Piala Itali menentang AC Milan 21 Mei ini.

Dengan midfield Claudio Marchisio (Juventus) dan Marco Verratti (PSG) direhatkan kerana mengalami kecederaan serius memberikan tempat kepada pemain pertahanan Roma, Daniele de Rossi.

Ketiadaan pemenang Piala Dunia, Pirlo, 36, yang keluar daripada persaraan berikutan penyingkiran pusingan pertama Itali pada Piala Dunia 2014, tidak mengejutkan.

Sejak perpindahannya dari Juventus ke New York City, Pirlo tidak lagi menjadi pilihan ketika dia dilaporkan kekurangan kecergasan yang diperlukan. Sekarang kemungkinan dia tidak akan beraksi pada Euro 2016 semakin meningkat.

Conte memberikan peluang kepada Domenico Berardi kerana beberapa jaringan bersama pasukan Serie A, Sassuolo, yang meletakkan AC Milan di tangga keenam dan kemungkinan mendapat tempat dalam Liga Europa musim depan.

SKUAD ITALI

PENJAGA GOL: Federico Marchetti (Lazio), Antonio Mirante (Bologna) dan Marco Sportiello (Atalanta).

PERTAHANAN: Francesco Acerbi (Sassuolo), Davide Astori (Fiorentina), Leonardo Bonucci (Juventus), Armando Izzo (Genoa), Angelo Obinze Ogbonna (West Ham/ENG) dan Lorenzo Tonelli (Empoli)

MIDFIELDER: Marco Benassi (Torino), Federico Bernardeschi (Fiorentina), Antonio Candreva (Lazio), Danilo Cataldi (Lazio), Daniele De Rossi (Roma), Lorenzo De Silvestri (Sampdoria), Stephan El Shaarawy (Roma), Alessandro Florenzi (Roma), Emanuele Giaccherini (Bologna), Jorge Luiz Jorginho (Napoli), Marco Parolo (Lazio), Roberto Soriano (Sampdoria) dan Davide Zappacosta (Torino)

PENYERANG: Fabio Borini (Sunderland/ENG), Citadin Martins Eder (Inter Milan), Ciro Immobile (Torino), Lorenzo Insigne (Napoli), Leonardo Pavoletti (Genoa) dan Graziano Pelle (Southampton/ENG).