Skuad Gary Neville hanya mampu ikat Eibar

Skuad Gary Neville hanya mampu ikat Eibar

MADRID, 14 Dis (dpa) – Gary Neville dari Valencia melakukan dengan baik untuk mengikat kedudukan seri 1-1 di Eibar semalam, biarpun menyaksikan pemain pertahanan Lucas Orban di arah meninggalkan padang.

Eibar mendahului jaringan sebelum separuh masa pertama berakhir apabila Sergi Enrich menyudahkan jaringan menerusi Ander Capa. Mereka berpeluang untuk menambah jaringan apabila diberikan sepakan penalti kerana dakwaan menyiku yang dilakukan Orban ke atas Dani Garcia, yang menyaksikan pemain Valencia diarah meninggalkan padang.

Bagaimanapun, penjaga gawang Valencia, Jaume Domenech menyelamatkan sepakan penalti dari Saul Berjon. Valencia bernasib baik meneruskan persaingan apabila pemain pertahanan Eibar, David Junca menjaringkan gol sendiri lima minit sebelum tamat perlawanan, uyang menerima tekanan dari Andre Gomes.

Pemain veteran Eibar, Ivan Ramisz diarah meninggalkan padang pada masa penamat kerana menjatuhkan pemain penyerang Sepanyol, Paco Alcacer, yang hampir menjaringkan gol kemenangan bagi Valencia menerusi sepakan bebas.

Ia adalah permulaan menarik dalam La Liga bagi jurulatih baru Valencia, Gary Neville, yang beraksi pada Rabu lalu dengan kekalahan 2-0 di tempat sendiri menentang Gent dalam persaingan Liga Juara–juara.

Keputusan seri itu meletakkan Valencia di tangga kelapan dan Eibar di tangga kesepuluh, keduanya mengutip 21 mata, sama seperti pasukan Athletic Bilbao yang akan dijadualkan berkunjung ke pasukan tangga kedua Atletico Madrid lewat semalam. Atletico mungkin akan menyamakan kedudukan kutipan mata bersama pendahulu Barcelona jika mereka menewaskan Bilbao.

ARTIKEL YANG SAMA