Skuad Ireland ‘sudah jatuh ditimpa tangga’

Skuad Ireland ‘sudah jatuh ditimpa tangga’

CARDIFF, 14 Okt – Kempen Piala Dunia Ragbi pasukan Ireland terjejas semalam apabila kapten pasukan, Paul O’Connell dikeluarkan bagi perlawanan selanjutnya kerana kecederaan dan pemain sayap, Sean O’Brien pula digantung bagi pertemuan suku akhir menentang Argentina.

O’Connell, yang kerjaya antarabangsanya sekarang sudah berakhir, mengalami kecederaan hamstring dalam kemenangan 24-9 ke atas Perancis dalam penentuan Kumpulan D.

Ireland mara ke perlawanan pada Ahad ini dengan kekecewaan kehilangan pemain penyerang utama, Peter O’Mahony dan O’Brien, yang digantung selama seminggu kerana menumbuk pemain dari Perancis, Pascal Pepe pada Ahad lalu.

Mereka juga menunggu kecergasan dari pemain flyhalf, Johnny Sexton, yang mendapatkan kecederaan groin ketika menentang Perancis.

“Paul O’Connel mengalami kecederaan hamstring signifikan dan akan menjalani pembedahan minggu ini,” kata Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland dalam satu kenyataan.

Pemain Perancis, Remi Tales (kiri) bersaing dengan pemain Ireland, Sean O’Brien pada perlawanan Kumpulan D Piala Dunia Ragbi 2015 di Cardiff, Wales. – AFP
Pemain Perancis, Remi Tales (kiri) bersaing dengan pemain Ireland, Sean O’Brien pada perlawanan Kumpulan D Piala Dunia Ragbi 2015 di Cardiff, Wales. – AFP

“Paul tidak akan beraksi lagi pada Piala Dunia Ragbi 2015.”

Mike McCarthy dipanggil ke dalam skuad itu sebagai pemain gantian.

“Ia adalah kehilangan besar terhadap Pauly dan yer man Pete (O’Mahony)- -kepada anda dan salah seorang pemangku kapten,” kata Chris Henry.

Argentina akan beraksi tanpa pemain tengah Marcelo Bosch yang diserahkan penggantungan seminggu kerana tekal bahaya ketika perlawanan Kumpulan C, Puma, menentang Namibia.

Perancis tidak mengalami sebarang kecederaan atau penggantungan yang perlu dibimbangkan tetapi mereka cuba meyakinkan diri mereka bahawa biarpun persembahan hambar menentang Ireland, mereka boleh mengecewakan Newzealand untuk kali ketiga dalam perlawanan Piala Dunia.

“Jika kami tidak meningkatkan paras pemain kami, ia pasti kami tidak akan meneruskan dalam perlawanan ini,” kata pemain pertahanan Brice Dulin. – Reuters