Skuad Juventus berwajah baru

Skuad Juventus berwajah baru

MILAN, 18 Ogos – Roma, Napoli dan Inter Milan menaruh harapan tinggi menjelang bermulanya musim Serie A yang baru Sabtu ini, tetapi juara bertahan Juventus meletakkan tanda dengan perbelanjaan musim panas yang cemerlang.

Selepas menjulang gelaran bagi musim kelima menyamakan rekod berturut-turut tiga bulan lalu, segelintir akan menentang pasukan Massimiliano Allegri untuk menjulang Scudetto keenam berturut-turut.

Biarpun Paul Pogba pergi dengan rekod dunia ke Manchester United, Juventus menambah pemain seperti Gonzalo Higuain dan Miralem Pjanic dalam skuad mereka, dan dalam proses melemahkan pesaing gelaran mereka, Napoli dan Roma.

Higuain antara wajah baru yang menganggotai skuad Juventus musim ini. – AP
Higuain antara wajah baru yang menganggotai skuad Juventus musim ini. – AP

Sudah tentu termasuk pengurus Manchester City Pep Guardiola percaya juara Itali yang berwajah baru itu berada dalam persaingan kejayaan Liga Juara-Juara, dua tahun selepas kekalahan 3-1 kepada Barcelona di Berlin.

“Juventus melakukan perkara yang hebat dan pasti menjadi salah satu pasukan pilihan bagi gelaran Liga Juara-Juara, walaupun Roma juga memiliki pasukan hebat,” Guardiola memberitahu Mediaset Premium.

Higuain, yang mencatatkan rekod Serie A 36 gol dalam semusin bagi Napoli kempen lalu, adalah tumpuan bagi perpindahan lumayan di Itali. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA