Skuad negara buru pingat emas

Skuad negara buru pingat emas

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Laluan sukan bagi pasukan Pairs dan Triples wanita negara cerah apabila kedua-dua pasukan perlu menang besok dalam perlawanan terakhir menentang pasukan Pairs dan Fours wanita Singapura.

Justeru Media Permata meneruskan tinjauan pada hari keenam Kejohanan Boling Padang Asia ke-11 Tahun 2015 dan Kejohanan Bawah 25 Tahun Perseorangan Asia Ke-9 di Kompleks Boling Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas hari ini.

Skuad Pairs wanita negara menduduki tempat ketiga di belakang Singapura dan pendahulu kumpulan Malaysia sementara bagi bahagian Triples wanita pula skuad negara kini berada di tempat keempat dengan satu baki perlawanan untuk mara ke peringkat kalah mati.

Dalam kejohanan bawah 25 tahun pula skuad campuran negara berada di kedudukan ketiga dan keenam dengan masing-masing mempunyai dua baki perlawanan dan mempunyai peluang besar untuk memenangi pingat dalam bahagian campuran kali ini.

Antara aksi dalam perlawanan tersebut.
Antara aksi dalam perlawanan tersebut.

Besok campuran Brunei I akan berdepan pemain Pairs campuran Hong Kong dan Malaysia, sementara Brunei II akan berdepan Pairs campuran China dan Hong Kong. Pada hari ketujuh esok kesemua pemain Perseorangan dan Fours lelaki serta Pairs dan Doubles wanita akan terlibat dalam perlawanan di pusingan keempat dan kelima sebelum perlawanan diteruskan dengan perlawanan kalah mati wanita (Pairs dan Triples) lewat petangnya.

ARTIKEL YANG SAMA