Skuad negara sertai Takraw Piala Raja

Skuad negara sertai Takraw Piala Raja

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Skuad Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam yang berada di Bangkok, Thailand untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Ke-30 yang berlangsung dari 4-9 Mei ini, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pagi kelmarin.

Rombongan seramai 16 orang yang menampilkan Pengurus Pasukan, Haji Mohammad Khairungllah bin Haji Daud sebagai ketua rombongan itu terdiri daripada 12 orang pemain, tiga orang pegawai dan seorang pengadil.

Pasukan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Rawat Parbchompoo yang turut menyenaraikan sembilan pemain untuk Sukan SEA 2015 nanti itu akan menyertai dalam tiga acara iaitu Inter-Regu Berpasukan (Divisyen 1), Regu (Divisyen 1) dan Berpasangan (Double) dalam peringkat Perdana.

Pada edisi tahun lalu, Brunei Darussalam dalam acara Berpasangan Divisyen 1 berjaya meraih pingat perak, sehingga pasukan berpasangan negara dinaiktaraf ke Perdana tahun ini, dan untuk acara Inter-Regu Berpasukan Divisyen 1, mereka meraih pingat gangsa.

Skuad Sepak Takraw Brunei Darussalam semasa berlepas ke Bangkok untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Ke-30.
Skuad Sepak Takraw Brunei Darussalam semasa berlepas ke Bangkok untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Ke-30.

ARTIKEL YANG SAMA