Skuad negara terus beraksi cemerlang

Skuad negara terus beraksi cemerlang

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Enam perlawanan telah diadakan melibatkan skuad Perseorangan lelaki, Fours lelaki, Pairs wanita dan Triples wanita dalam Kejohanan Boling Padang Asia ke-11 dan Kejohanan Boling Padang Bawah 25 Tahun ke-9 pada hari ke-5 hari ini.

Dalam perlawanan yang diadakan di Kompleks Boling Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu, Perseorangan lelaki negara mencatatkan dua kemenangan ke atas pemain Singapura dan China sementara bagi Fours lelaki pula mencatat kemenangan ke atas Malaysia dan kalah kepada China.

Sementara itu, Pairs wanita negara memulakan perlawanan peringkat kumpulan dengan kemenangan ke atas Pairs India sementara Triples pula tewas di tangan Hong Kong

Besok beberapa perlawanan lebihan peringkat kumpulan akan diteruskan bagi semua empat disiplin termasuk pemain bawah 25 tahun pada hari keenam esok.

Antara aksi di hari kelima kelmarin.
Antara aksi di hari kelima kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA