Skuad perlu diperbaiki – Van Gaal

Skuad perlu diperbaiki – Van Gaal

MANCHESTER, 10 Jan (AFP) – Pengurus pasukan Manchester United, Louis van Gaal mengakui pasukannya perlu memperbaiki dan berdepan dengan tekanan di Old Trafford selepas mereka hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Sheffield United dalam Piala FA.

Pasukan kendalian Van Gaal itu melihat mereka akan dibawa ke perlawanan ulangan oleh pesaing dari divisyen tiga sebelum Wayne Rooney menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti minit kecederaan.

Sebelum Rooney menjaringkan gol, selepas persembahan menarik pemain gantian Memphis Depay dijatuhkan oleh Dean Hammond, United melihat kepada keputusan seri 0-0 untuk kali keenam dalam 10 perlawanan di laman sendiri mereka.

Kebanyakan penyokong tuan rumah menunjukkan kekecewaan mereka terhadap persembahan itu, begitu juga dengan memberikan sokongan menarik terhadap jaringan dan pemain gantian akhir van Gaal, Marouane Fellaini dengan Andreas Pereira.

Louis van Gaal berjabat tangan dengan Andreas Pereira selepas perlawanan itu. – Reuters
Louis van Gaal berjabat tangan dengan Andreas Pereira selepas perlawanan itu. – Reuters

“Pemain–pemain Manchester United berdepan dengan tekanan peminat dan media dan ia adalah sama bagi pengurus pasukan,” kata Van Gaal.

“Ia boleh memberikan pengaruh tetapi apabila anda beraksi bagi Manchester United anda perlu berdepan dengannya.

“Ia bukan sahaja mengecewakan buat kakitangan, ia juga mengecewakan buat para pemain, kakitangan dan semua orang.”

Pasukan kendalian Van Gaal sekarang memenangi perlawanan berturut–turut selepas lapan perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan berharap ini permulaan yang akan membawa mereka bagi kejayaan Piala FA pertama sejak 2004.

Tetapi berikutan satu lagi persembahan serangan yang hambar, van Gaal tahu terdapat ruang untuk peningkatan.

ARTIKEL YANG SAMA