Skuad Piala Dunia Wanita AS tambah glamor

Skuad Piala Dunia Wanita AS tambah glamor

NEW YORK, 14 Julai (AFP) – Setiap anggota skuad bola sepak wanita AS yang memenangi Piala Dunia akan diberi peluang oleh Sports Illustrated untuk menjadi gadis penghias kulit muka depan majalah itu.

Majalah sukan AS itu semalam mengumumkan bahawa edisi minggu ini akan dicetak dengan 25 penghias muka depan berbeza – satu salinan untuk setiap pemain, untuk jurulatih Jill Ellis dan gambar kumpulan untuk seluruh skuad.

Sports Illustrated dan majalah lain sering mencetak pelbagai muka depan yang memaparkan gambar-gambar berbeza untuk menandakan acara-acara khas. Tetapi keputusan untuk mencetak 25 kulit muka depan berasingan untuk satu edisi belum pernah dilakukan sebelumnya.

“Setiap pemain berhak mendapat hiasan muka depan mereka sendiri. Itulah yang kita selesaikan,” kata Pengurus Editor Sports Illustrated, Chris Stone dalam satu kenyataan.

Minggu lepas mereka telah diberi penghormatan dengan satu rapat umum untuk meraikan kemenangan di Los Angeles sebelum diraikan dengan perarakan di New York. Mereka juga menjadi pasukan sukan wanita yang pertama dalam sejarah menerima penghormatan daripada Big Apple.

Setiap anggota skuad Piala Dunia Wanita AS akan diberi peluang menjadi penghias kulit muka depan majalah Sports Illustrated. - Reuters
Setiap anggota skuad Piala Dunia Wanita AS akan diberi peluang menjadi penghias kulit muka depan majalah Sports Illustrated. – Reuters

Langkah itu diambil selepas skuad wanita Amerika menamatkan kemarau 16 tahun untuk menjulang gelaran ketiga Piala Dunia 5 Julai lalu dengan menewaskan Jepun 5-2 pada 5 Julai lalu.

AS terlebih dahulu mencipta kejutan apabila mendahului seawal minit ke-3 menerusi kaptennya, Carli Lloyd dan lebih manis lagi dia merakam hatrik dalam masa hanya 16 minit. Gol kedua Lloyd menyusul pada minit ke-5 dan sebelum rakan sepasukan, Lauren Holidau menyumbat gol ketiga pada minit ke-14.

Kemudian giliran Llyod menyudahkan hatriknya pada minit ke-16. Sebelum tirai separuh masa kedua ditutup, Jepun bangkit untuk meledak gol pertama mereka menerusi Yuki Ogimi pada minit ke-27 untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Masuk babak kedua, kesilapan hantaran belakang Julie Johnston pada minit ke-52 menyebabkan bola masuk ke gawang sendiri, namun AS terus mengasak untuk memperoleh gol kelima pada minit ke-54 menerusi Tobin Heath.

ARTIKEL YANG SAMA