Skuad ragbi negara berlepas ke Singapura

Skuad ragbi negara berlepas ke Singapura

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Seramai 12 orang pemain ragbi tempatan, The Brunei National 7s berlepas ke Singapura semalam untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan South East Asia Sevens (SEA 7s) yang akan bermula pada 15 April 2016 di Stadium Yio Chu Kang, Singapura.

Dalam kejohanan itu, SEA 7s diwakili oleh lapan orang sepasukan yang terdiri daripada pasukan Indonesia, Laos, Thailand, Brunei, Filipina, Malaysia dan Singapura di mana dua pasukan teratas akan bersaing di Stadium Negara pada hari pertama HSBC World Rugby Singapore Sevens.

Semasa berada di ruang berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Pengurus Brunei National 7s, Yussuf Flynn menjelaskan, pasukan itu akan menentang pasukan ragbi yang kuat dari seluruh rantau Asia Tenggara dan berharap mereka akan kembali dengan kemenangan.

Beliau seterusnya menjelaskan, persiapan sebelum kejohanan ini, skuad ragbi 7s telah menjalani latihan di mana skuad tersebut juga mengambil bahagian dalam Kejohanan Borneo 7s yang dihoskan oleh Borneo Eagles di Sandakan.

Gambar ramai skuad ragbi negara sebelum berlepas ke Singapura.
Gambar ramai skuad ragbi negara sebelum berlepas ke Singapura.

“Kami telah bermain di Sandakan dan ia telah memberi peluang kepada pemain untuk bermain ragbi di peringkat tinggi di mana mereka menunjukkan permainan yang baik dan ini adalah sebagai platform untuk mereka sertai”, tambahnya.

Menurutnya lagi, “ini adalah perlawanan terbesar yang pertama dan berharap skuad dapat mempelajari dan mengambil pengalaman dalam kejohanan ini”.

Beliau seterusnya menambah, dari sini mereka boleh terus mengembangkan sukan ragbi ini seterusnya meningkatkan keupayaan dalam diri setiap permainan dengan harapan dalam beberapa tahun, skuad ragbi akan pulang membawa piala atas kejayaan mereka.

The 7s Negara Brunei di bawah The Brunei Rugby Football Union (RFU) menyasarkan ke arah mengembangkan ragbi sebagai potensi sukan di Brunei dan untuk mengembangkan bakat ragbi tempatan di samping memberi banyak peluang yang berpotensi dan pendedahan kepada arena sukan antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA