Skuad Ragbi negara gah di Miri

Skuad Ragbi negara gah di Miri

MIRI, 3 Nov (TBP) – Pasukan ragbi Brunei menumpaskan skuad Miri 22-7 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Padang Ragbi Curtin pada hujung minggu lepas.

Perlawanan dengan 15 pemain setiap pasukan itu menyaksikan skuad Brunei mendominasi perlawanan kecuali asakan saat akhir pasukan Miri pada separuh masa kedua.

Jurulatih pasukan Brunei John Beart memuji hos perlawanan kerana menjadikannya permainan yang penuh dengan persaingan.

“Ia satu perlawanan yang bagus dan perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan pertama kami sebagai pemanas badan bagi kejohanan 5 Negara Asia yang kini dikenali sebagai Kejohanan Ragbi Asia,” katanya semalam.

Beliau turut menyifatkan perlawanan itu mempunyai nilainya yang diyakini lebih bermanfaat berbanding sesi latihan biasa pasukan.

Para pemain ragbi Miri (jersi biru) beraksi ketika menentang pasukan Brunei dalam perlawanan persahabatan tersebut.
Para pemain ragbi Miri (jersi biru) beraksi ketika menentang pasukan Brunei dalam perlawanan persahabatan tersebut.

“Hubungan baik di antara para pemain ragbi di Miri dan Brunei juga dapat dimantapkan lagi menerusi perkongsian pengalaman dan kemahiran ini.”

Sementara itu, jurucakap pasukan ragbi Miri pula melahirkan rasa gembira kerana pasukan tuan rumah mampu lebih ‘melawan’ pada separuh masa kedua meskipun menerima asakan demi asakan hebat daripada pasukan Brunei.

“Apa pun, masih banyak ruang penambahbaikan bagi pasukan Miri terutama latihan dengan memberikan fokus ke atas teknik penghantaran selain semangat berpasukan.”

ARTIKEL YANG SAMA