Skuad RBFC menyerlah di Labuan

Skuad RBFC menyerlah di Labuan

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

LABUAN, 5 Nov – Perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dengan pasukan bola sepak Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), berlangsung di Kompleks Sukan UMS, Labuan, baru-baru ini.

Perlawanan dengan aksi hebat itu menyaksikan pasukan RB yang dikenali sebagai RBFC menumpaskan pasukan UMS KAL dengan kedudukan 2-0.

Sebanyak 80 orang atlet daripada rombongan RB menyertai beberapa acara sukan dan diketuai oleh Pengiran Haji Aliudin bin Pengiran Shamsuddin.

Sesi bergambar ramai pasukan bola sepak RBFC dengan pasukan bola sepak UMS KAL.
Sesi bergambar ramai pasukan bola sepak RBFC dengan pasukan bola sepak UMS KAL.

Antara acara sukan yang dipertandingkan termasuk bola sepak, futsal, golf, bola jaring, badminton dan juga boling dengan keseluruhan perlawanan dimenangi oleh RB.

Kesemua acara sukan tersebut berlangsung pada 31 Oktober 2015 yang lalu.Perlawanan persahabatan ini diadakan setiap tahun sebagai aktiviti sukan tahunan dan juga bertujuan memantapkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin di antara RB dan UMS KAL.

ARTIKEL YANG SAMA