Skuad UBD bawa balik pingat perak

Skuad UBD bawa balik pingat perak

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Pasukan Bola Jaring Universiti Brunei Darussalam (UBD) selamat kembali ke tanah air selepas menyertai Fiesta Sukan Antarabangsa UiTM (UISF) Ke-10 dengan membawa pulang pingat perak.

Dalam kejohanan yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 30 Ogos itu, skuad UBD tewas dalam perlawanan pertama kepada pasukan tuan rumah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 13-38.

Bagaimanapun, UBD yang turut diwakili empat orang pemain kebangsaan bangkit pada perlawanan keduanya menentang pasukan Wayamba University dengan menang 34-14 ke atas university dari Sri Lanka berkenaan.

Pasukan Bola Jaring UBD berjaya membawa pulang pingat perak UISF 2015.
Pasukan Bola Jaring UBD berjaya membawa pulang pingat perak UISF 2015.

Pada perlawanan terakhir yang dijalankan secara liga tiga pasukan satu pusingan itu, UiTM memastikan pingat emas menjadi miliknya dengan mengalahkan Wayamba University 57-14, sekali gus menghadiahkan pingat perak kepada UBD dan gangsa kepada Wayamba University.

Dalam fiesta sukan selama lima hari di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, Selangor, Malaysia itu, UBD hanya menyertai acara bola jaring, yang merupakan penyertaan buat pertama UBD dalam acara sukan berkenaan.

Fiesta sukan tahunan anjuran UiTM itu turut mempertandingkan acara sukan seperti futsal, boling 10 pin, tenis, pingpong, ragbi 7, bola keranjang dan badminton.

ARTIKEL YANG SAMA