Skuasy dicalonkan di Tokyo 2020

Skuasy dicalonkan di Tokyo 2020

TOKYO, 22 Jun (AFP) – Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 di sini, hari ini, mencalonkan lapan sukan baharu termasuk skuasy untuk kemungkinan dipertandingkan pada temasya itu nanti.

Senarai penuh pencalonan itu yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk membuat keputusan, turut merangkumi sukan baseball/softball, boling, karate, sukan roller, sukan mendaki, surfing dan seni pertahanan diri.

Sukan baseball/softball yang dicalonkan bersama, adalah sukan popular di Jepun, yang menyaksikan pasukan profesional di negara itu mempunyai ramai penyokong.

Sukan itu kali terakhir dipertandingkan pada temasya Olimpik Beijing 2008. Lapan sukan yang dipilih ini diambil daripada senarai panjang 26 jenis yang diumumkan penganjur temasya Olimpik Tokyo 2020 awal bulan lalu.