Skurvi muncul semula di Australia

Skurvi muncul semula di Australia

SYDNEY, 29 Nov – Skurvi, penyakit lama yang dikaitkan dengan pelayar dalam perjalanan panjang dahulu kala, kembali muncul di Australia, dengan pegawai kesihatan mendedahkan sejumlah kes luar biasa.

Berpunca daripada kekurangan vitamin C, keadaan itu adalah sesuatu yang lazim – dan sering kali membawa maut – sumpahan dalam kalangan pelaut yang berbulan-bulan hidup tanpa buah dan sayur-sayuran segar.

Sebelum ini tidak pernah didengari di negara-negara maju, laporan mencadangkan bahawa masalah itu juga sedang meningkat di Britain, manakala jurnal perubatan tahun ini memperincikan kes seorang anak damit dijangkiti skurvi di Sepanyol.

Ketua bagi Pusat Penyelidikan Diabetes, Obesiti dan Endocrinology di Institut Westmead di Sdyney, Jenny Gunton mengatakan skurvi muncul semula di Australia kerana amalan pemakanan yang teruk.

Dia menemui penyakit itu pada luka-luka pada beberapa orang pesakit yang gagal sembuh.

Penjual buah-buahan mengurus kedainya di daerah pusat perniagaan Sydney pada 29 November. Skurvi, satu penyakit lama yang dihidap oleh pelaut dalam perjalanan panjang dahulu kala, kembali muncul di Australia, dengan pegawai kesihatan mendedahkan sejumlah kes luar biasa. – AFP
Penjual buah-buahan mengurus kedainya di daerah pusat perniagaan Sydney pada 29 November. Skurvi, satu penyakit lama yang dihidap oleh pelaut dalam perjalanan panjang dahulu kala, kembali muncul di Australia, dengan pegawai kesihatan mendedahkan sejumlah kes luar biasa. – AFP

“Apabila saya bertanyakan diet mereka, seorang makan sedikit atau langsung tiada makan buah dan sayur-sayuran segar, namun sebahagian lagi makan sejumlah sayuran pada kadar biasa, mereka sama ada memasaknya terlalu lama sehingga memusnahkan vitamin C,” katanya.

“Ia menyerlahkan bahaya bahawa anda boleh makan banyak kalori, namun dalam masa yang sama tidak menerima cukup nutrien.”

Diagnosis skurvi bagi 12 pesakit dibuat berdasarkan ujian darah dan simptom yang semuanya sembuh dengan pemakanan mudah vitamin C.

Kekurangan vitamin C boleh membawa kepada kerosakan pembentukan kolagen dan tisu-tisu penyambung, dan menyebabkan lebam-lebam, gusi berdarah, kesan darah pada kulit, sakit sendi dan penyembuhan luka yang lambat. – AFP