Skype bagi perniagaan

Skype bagi perniagaan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Microsoft Brunei, baru-baru ini, telah melancarkan Skype bagi perniagaan (Skype for Business) dalam sidang media tertutup bersama media tempatan di Ibu Pejabat Microsoft, Anggerek Desa, di sini.

Bercakap kepada media, Pengurus Negara Microsoft Brunei, Dayang Haniza binti Zakariya, berkata Skype for Business memainkan peranan penting kerana ia adalah alat sesuai bagi orang ramai berhubung dengan bebas dan lancar, yang menurutnya merupakan teras misi mereka untuk mengubah produktiviti, bagi menggalakkan semua orang dan organisasi untuk melakukan dan mencapai lebih banyak.

“Kami teruja untuk memperkenalkan ‘Skype for Business’, membawa bersama pengalaman Skype dengan keselamatan dan kawalan IT yang anda percayai daripada Microsoft, memberikan alat komunikasi berkuasa dan selamat kepada perniagaan,” tambah beliau.

Jelas beliau lagi, penyelesaian baru ini membolehkan perniagaan menyiarkan mesyuarat secara langsung kepada sehingga 10,000 orang dan menyokong tayangan dinamik, membolehkan pengguna berhubung dengan ramai orang menerusi keupayaan suara atau video, membawa pelanggan dan rakan-rakan lebih dekat.

Ahli Strategi Teknologi Microsoft Brunei, Awanng Azwan Wan Mohamad menerangkan penggunaan Skype for Business kepada media tempatan.
Ahli Strategi Teknologi Microsoft Brunei, Awanng Azwan Wan Mohamad menerangkan penggunaan Skype for Business kepada media tempatan.

Menurut kenyataan Microsoft Brunei, lebih 100 juta orang kini menggunakan Microsoft Lync untuk berhubung bagi kerja, dengan 79 peratus perusahaan Amerika Syarikat pada masa ini menggunakan atau merancang untuk menggunakan Lync sebagai telefon.

Sementara itu, Skype telah merevolusikan cara orang berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga, yang mana kini Skype menyaksikan 50 bilion minit trafik setiap bulan dan lebih 50 peratus pengguna Skype berhubung menerusi video.

Kini, Skype for Business menggabungkan pengalaman Skype yang telah biasa digunakan dengan platform Lync yang dipercayai oleh perniagaan di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA