Skype guna penterjemahan bahasa berbeza

Skype guna penterjemahan bahasa berbeza

BERLIN, 1 Julai (dpa) – Menjangkau merentasi budaya semakin mudah, terima kasih kepada Skype dan perkhidmatan penterjemahan barunya pada waktu sebenar.

Perkhidmatan ini baru saja menambah bahasa Perancis dan Jerman. Ia bermula dengan bahasa Inggeris, Sepanyol, Itali dan Mandarin. Mereka yang hanya mahu menghantar pesanan ringkas malah mempunyai pilihan lebih luas dari 50 bahasa.

Tarikan ialah anda mesti bersedia membenarkan perbualan anda disimpan tanpa menyatakan nama, supaya ia boleh dianalisis bagi pemeriksaan dengan cara untuk meningkatkan perkhidmatan.

Penterjemahan dikendali sepenuhnya oleh mesin.

Para pengguna mempunyai pilihan mendengar ucapan yang diterjemah sebagai suara komputer atau melihatnya dalam format teks. Itu bermakna perkhidmatan ini berguna bagi mereka yang mempunyai kurang upaya pendengaran juga. Wakil Skype Yasmin Khan, memandangkan ia akan menyediakan sari kata automatik kepada perbualan ekabahasa.

Penterjemahan mengandungi empat langkah. Ucapan terlebih dahulu dikenali dan disimpan dalam format teks. Program kemudian membuang ‘ahs’ dan ‘umms’ dan membahagikan teks menjadi perkataan. Ia kemudian diterjemah menjadi bahasa sasaran, sebelum dimasukkan ke dalam alat bahasa yang dicakapkan. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, adalah perlu mempunyai aplikasi desktop Skype bagi Windows 8.1 atau memuat turun perisian tambahan jika anda menggunakan versi Skype berbeza.

ARTIKEL YANG SAMA