Slovakia halang asakan Rusia

Slovakia halang asakan Rusia

Oleh Adiman HT

LILLE, Perancis, 15 Jun – Asakan demi asakan yang dilakukan oleh Rusia nampaknya tidak berjaya mengubah kedudukan perlawanan apabila Slovakia membenam Rusia 2-1 pada perlawanan peringkat Kumpulan B, yang diadakan di Stadium Stade Pierre-Mauroy, di sini.

Slovakia membuka jaringan pada awal minit ke-32 melalui rembatan kencang dari depan gawang oleh Vladimir Weiss. Tujuh minit kemudian mereka menambah jaringan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-45 yang dihasilkan oleh Marek Hamsik dan keputusan kekal hingga wisel penamat separuh masa pertama.

Apabila separuh masa kedua bermula, kedua-dua pasukan cuba untuk menambah jaringan di mana pasukan Rusia yang lebih kerap menyerang hanya mampu membuka jaringan pada minit ke-80 permainan melalui tandukan Denis Glushakov hasil daripada hantaran lintang Oleg Shatov.

Meskipun penguasaan bola Slovakia kurang berbanding Rusia, namun kawalan bola dan rembatan yang sering ke arah sasaran membuatkan Slovakia salah satu pasukan yang berbahaya dalam kejohanan Euro 2016 kali ini.

Slovakia meraikan jaringan mereka pada perlawanan tersebut. – AFP
Slovakia meraikan jaringan mereka pada perlawanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Rusia yang sebelum ini hanya seri ketika menentang England tidak boleh menerima kekalahan pada perlawanan seterusnya memandangkan mereka kini hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan, manakala Slovakia kini selesa di tangga kedua Kumpulan B dengan mengutip tiga mata daripada dua perlawanan.

Aksi Kumpulan B akan diteruskan esok 16 Jun dengan perlawanan Wales menentang England jam 9 malam waktu Brunei.

Manakala Rusia akan mengakhiri kempen Kumpulan B menentang Wales pada 21 Jun ini dan Slovakia akan menerima kunjungan England bagi menentukan kemaraan pasukan masing-masing.