Slovakia kejutkan skuad mentah Jerman dengan mudah

Slovakia kejutkan skuad mentah Jerman dengan mudah

BERLIN, 30 Mei – Jerman yang dibarisi pemain kurang berpengalaman dikejutkan dengan kekalahan 3-1 oleh Slovakia dalam perlawanan persahabatan menjelang Euro 2016, di Augsburg, Jerman, awal pagi tadi.

Juara dunia, Jerman menurunkan empat muka baru bertemu Slovakia yang akan membuat penampilan pertama Kejuaraan Eropah bulan depan. Slovakia yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Wales, England dan Russia, dilihat lebih layak memenangi aksi persahabatan di Augsburg itu apabila pengendali Jerman, Joachim Loew membariskan gandingan pemain mudanya.

Tempoh rehat sehingga 39 minit kerana ribut kencang menyaksikan Slovakia mengambil kesempatan di atas permukaan padang becak.

“Saya tidak pernah mengalami tempoh rehat begini panjang,” kata Loew yang lega anak buahnya tidak mengutip kecederaan berbanding memikirkan keputusan perlawanan.

“Permukaan padang tidak selamat, dan mujur tiada apa-apa yang berlaku. Kami bermain baik di babak pertama tetapi sedikit bermasalah di bahagian pertahanan.

(kiri ke kanan) Jan Durica, Leroy Sane dan Patrik Hrosovsky ketika bersaing pada perlawanan persahabatan bola sepak antara Jerman dan Slovakia di Augsburg, Jerman semalam. Jerman yang dibarisi pemain kurang berpengalaman dikejutkan dengan kekalahan 3-1 oleh Slovakia dalam perlawanan tersebut. – AFP
(kiri ke kanan) Jan Durica, Leroy Sane dan Patrik Hrosovsky ketika bersaing pada perlawanan persahabatan bola sepak antara Jerman dan Slovakia di Augsburg, Jerman semalam. Jerman yang dibarisi pemain kurang berpengalaman dikejutkan dengan kekalahan 3-1 oleh Slovakia dalam perlawanan tersebut. – AFP

“Tidak banyak yang anda boleh harapkan daripada pemain-pemain muda, tetapi keempat-empat pemain mempunyai kualiti tersendiri.” Jerman mendahului permainan menerusi penalti Mario Gomez, manakala jaringan Marek Hamsik dan Michal Duris meletakkan Slovakia 2-1 di depan sebelum rehat. Kesilapan penjaga gol gantian, Marc-Andre ter Stegen membolehkan Slovakia meledak gol ketiga di babak kedua menerusi Juraj Kucka.

Empat muka baru diturunkan Loew ialah penjaga gol, Bernd Leno, 24 tahun, pertahanan Joshua Kimmich, 21, pemain tengah Julian Weigl dan Julian Brandt, masing-masing berusia 20 tahun.

Leroy Sane, juga 20 tahun, mendapat kap kedua sebagai arkitek pasukan di belakang Gomez. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA