Slovenia bantu polis tangani pendatang dari Croatia

Slovenia bantu polis tangani pendatang dari Croatia

LJUBLJANA, 20 Okt – Tentera-tentera Slovenia akan membantu pihak polis menangani meningkatnya pendatang dari Croatia, menurut kerajaan hari ini selepas rundingan tergempar sepanjang malam.

“Kemasukan pendatang dalam tempoh tiga hari lalu telah melebihi semua kemungkinan yang boleh ditangani,” menurut kenyataan kerajaan, dengan menambah kata bahawa parlimen akan diminta meluluskan perundangan yang membolehkan tentera-tentera untuk membantu dalam krisis ini ‘di bawah keadaan sangat khusus’

Di bawah undang-undang pada masa ini, pihak tentera hanya boleh memberikan bantuan teknikal dan logistik. Pihak berkuasa Slovenia semalam berkata mereka enggan membenarkan lebih 1,000 pendatang yang tiba dari Croatia selepas mencecah kuota harian, yang mencetuskan kebimbangan kesesakan manusia baru di laluan barat Balkan.

Orang pelarian dan penghijrah yang dalam keadaan terdesak terpaksa bermalam dalam keadaan suhu sangat sejuk dekat landasan kereta api selepas polis menegah mereka dari berjalan menyeberangi sempadan yang memisahkan kedua-dua negara EU.

Mereka adalah di antara beribu-ribu orang – kebanyakannya lari dari keganasan di Syria, Iraq dan Afghanistan – yang menempa laluan baru ke utara Eropah selepas Hungary menutup sempadannya dengan Crotia dengan pagar dawai berduri. – AFP

Pendatang dan pelarian menunggu dalam keadaan hujan untuk memasuki Slovenia di sempadan Croat-Slovenia di Trnovec, semalam. - AFP
Pendatang dan pelarian menunggu dalam keadaan hujan untuk memasuki Slovenia di sempadan Croat-Slovenia di Trnovec, semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA