Slovenia cuba...

Slovenia cuba bangkitkan hype ‘Melania’

SLOVENIA – Kemenangan yang diraih oleh Donald Trump dalam pilihan raya untuk menjadi pre-siden Amerika Syarikat baru-baru ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada Slovenia.

Slovenia ingin memanfaatkan peluang yang ada khususnya dalam pemasaran bersama dengan Amerika Syarikat apatah lagi isteri kepada Donald Trump, Melania Trump merupakan keturunan Slovenia dan dilahirkan di negara itu. Isteri glamour, Donald Trump itu telah membantu meletakkan tanah airnya itu, sebuah negara Alpine malah lebih kecil berbanding New Jersey pada peta untuk pelancong Amerika Syarikat untuk datang ke Eropah.

Menurut Lembaga Pelan-congan Slovenia (STB) bilangan pelancong dari Amerika Syarikat telah melonjak sebanyak 11 pe-ratus iaitu 80,000 antara bulan Januari dan Oktober pada tahun lepas berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun-tahun sebelumnya. “Minat untuk mengunjungi Slovenia adalah kecil dan tidak besar namun setelah kemenangan Trump, industri pelancongan di Slovenia semakin berkembang dan terus berkembang,” kata jurucakap STB, Livija Kovac Kostantinovic kepada wartawan AFP.

“Slovenia menjadi sebuah destinasi percutian yang baik disebabkan oleh butik-butiknya yang menawarkan kain bermutu yang berkualiti dan menjadi lebih dikenali dalam kalangan orang ramai dan media Amerika Syarikat. Disebabkan oleh minat yang semakin meningkat, STB merancang untuk mengadakan kempen digital yang paling hebat pernah diadakan di pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2017 ini,” tambah Livija kepada wartawan AFP. Livija dapat meramalkan trend itu akan ber-upaya untuk mempertingkatkan lagi prestasi Trump apabila mengambil alih jawatan pada 20 Januari ini ter-utama sekali di kampung halaman Melania Trump di Sevnica, 100 kilometer dari ibu negara Slovenia, Ljubljana.

Sehingga baru-baru ini, bandar kecil itu yang hanya mempunyai 5,000 penduduk dan terletak di tebing Sungai Sava dikenali sebagai sebuah bandar yang terkenal dengan produk pakaian dan perabot kilang-kilang serta sebuah istana yang berusia 900 tahun. Beberapa orang penduduk di Sevnica masih lagi ingat akan seorang budak-budak perempuan yang bernama Melanija Knavs dan dilahirkan pada tahun 1970 di bandar kecil itu.

m10-cake-4_100117

m10-cake-5_100117

Semasa di usia remaja, Melania sudah mula berdikari dengan memulakan kerjaya sebagai seorang peragawati antarabangsa yang mana membawanya ke Amerika Syarikat dan akhirnya berjumpa dengan Donald Trump. Setelah beberapa lama, akhirnya, Melania menjadi isteri ketiga Donald Trump. Setahun kemudian, setelah berada di Amerika Syarikat, Melania mengambil kerakyataan Amerika Syarikat dan jarang pulang ke Slovenia di mana ibu bapanya masih memiliki sebuah rumah di Sevnica namun kebanyakan ahli keluarga beliau telah menetap di Amerika Syarikat.

‘Melaniamania’

Walaupun Melania sudah tidak selalu datang ke negara itu, namun ia tidak menghalang para usahawan celik untuk memanfaatkan apa yang mereka panggil sebagai ‘Melaniamania’. Sebuah kedai roti di jalan utama Sevnica, telah menjual beberapa potong kek yang dipanggil sebagai ‘Melania’ dan dijual dengan harga tiga euro.

Kek coklat putih berkrim itu disumbat dengan kacang dan mempunyai topping emas dan kelihatan sangat enak.

Makanan istimewa itu menjadi terkenal dan digemari oleh kebanyakan penduduk tempatan malah turut disukai oleh warga asing.

“Ia adalah satu kebanggaan buat kami dan kami telah berjaya menjual banyak kek ini sejak beberapa minggu yang lepas. Orang ramai telah datang dari ibu kota hanya untuk membeli kek-kek ini. Lembaga pelancongan tempatan di negara itu telah mengumumkan satu rombongan bas akan datang dan mengunjungi bandar kecil itu,” kata Darja Jelenc kepada wartawan AFP dengan melemparkan satu senyuman yang manis.

Beberapa buah restoran turut menukar beberapa nama menu-menu mereka bagaimanapun sesetengah menu kekal menggunakan nama ‘Melania’. – AFP
Beberapa buah restoran turut menukar beberapa nama menu-menu mereka bagaimanapun sesetengah menu kekal menggunakan nama ‘Melania’. – AFP
Beberapa pengusaha pengeluar kasut turut mengeluarkan sepasang kasut bertemakan ‘Melania’ dan dilancarkan dalam edisi terhad dan kelihatan sangat mewah. – AFP
Beberapa pengusaha pengeluar kasut turut mengeluarkan sepasang kasut bertemakan ‘Melania’ dan dilancarkan dalam edisi terhad dan kelihatan sangat mewah. – AFP
Sebuah kedai roti di jalan utama Sevnica, telah menjual beberapa potong kek yang dipanggil sebagai ‘Melania’ dan dijual dengan harga tiga euro. – AFP
Sebuah kedai roti di jalan utama Sevnica, telah menjual beberapa potong kek yang dipanggil sebagai ‘Melania’ dan dijual dengan harga tiga euro. – AFP

Sevnica terkenal sebagai sebuah bandar kecil yang dikelilingi hutan dan gunung dan sebuah restoran yang terletak di sebuah desa telah menawarkan beberapa menu yang bertemakan ‘Melania’ dan menampilkan trout tempatan yang telah ditangkap di kawasan desa tersebut. Sementara itu, sebuah kedai crepe turut menjual beberapa crepe dengan menamakannya sebagai ‘Melania’ dan dihiasi dengan krim vanilla dan debu-debu emas yang menarik. Malah apa yang menarik, Agensi Pelancongan di negara itu telah merancang untuk melancarkan ‘Pelancongan Melania’ pada bulan Mac ini termasuk lawatan berpandu di sekitar kawasan mercu tanda Slovenia, Ljubljana dan Milan, Itali di mana beliau memulakan kerjaya sebagai seorang model.

Beberapa pengusaha pengeluar kasut turut mengeluarkan satu kasut bertemakan ‘Melania’ dan dilancarkan dalam edisi terhad dan kelihatan sangat mewah. “Kami telah menganggapnya sebagai wanita pertama masa depan ketika dulu dan kami berharap mereka akan dapat menjejakkan kaki di bandar kecil ini di musim sejuk akan datang,” tambah jurucakap, Mateja Reseta kepada wartawan AFP.

Hanya ‘Hype’?

Manakala bagi Trump, bagaimanapun belum lagi terpesona dengan teknik ‘Melania’ itu yang telah banyak muncul di negara itu. Pasangan itu baru-baru ini telah melantik seorang peguam dari Slovenia untuk menghentikan penggunaan dan gambar mereka untuk tujuan komersial tanpa persetujuan mereka. Menyahut amaran, Sevnica segera menurunkan papan iklan pengiklanan dengan imej Melania manakala pengeluar madu terpaksa berhenti mengeluarkan madu kerana menggunakan madu dari taman Melania di Slovenia.

Beberapa buah restoran turut menukar beberapa nama menu-menu mereka bagaimanapun sesetengah menu kekal menggunakan nama ‘Melania’. Sebenarnya, tidak semua membeli produk-produk ‘Melania’ itu dan bagi Dejan Steinbuch, “Ia adalah helah semata-mata ke-rana pemasaran.”

Kebanyakan penduduk tempatan Slovenia tidak mengendahkan akan keberadaan Melania kerana dia tidak selalu hadir di negara itu dan tidak mempromosikan negara kelahirannya itu. “Kebanyakan kami beranggapan, dia telah pergi ke AS kerana bosan dengan sikap Slovenia dan sikap beliau ter-hadap Slovenia terpapar semenjak beliau meninggalkan negara ini,” tambah Dejan mengakhiri temu ramah. – AFP