Slutski mahu serah tugas kepada jurulatih lain

Slutski mahu serah tugas kepada jurulatih lain

TOULOUSE, 21 Jun (AFP) – Leonid Slutski mengakui bahawa dia enggan meneruskan tugasnya selaku jurulatih Rusia selepas skuad bimbingannya tersingkir daripada saingan Euro 2016.

“Pada tahap pertandingan sebegini, anda memerlukan seseorang yang boleh menjalankan tugas untuk pasukan kebangsaan di kejohanan besar,” kata Slutski kepada wartawan selepas anak buahnya ditundukkan 3-0 oleh Wales pada aksi terakhir Kumpulan B, sebentar tadi.

Kekalahan terbabit menyaksikan Rusia menduduki tangga tercorot dengan hanya satu mata – terikat dengan England selepas tewas di tangan Slovakia dan Wales pada kejohanan yang turut dicemari dengan tindakan keganasan oleh penyokong Russia.

Pengendali pasukan Rusia, Leonid Slutski. – AFP
Pengendali pasukan Rusia, Leonid Slutski. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Pertamanya, kita perlu menukar ketua jurulatih,” kata Slutski ketika ditanya mengenai persiapan Rusia untuk saingan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di negara itu selepas kempen Eropah yang mengecewakan.

“Saya bertanggungjawab atas kempen kali ini. Saya ada masa yang cukup untuk melakukan persediaan dan mendapatkan pemain jadi jika kami gagal, ia adalah silap saya.”

Slutski yang juga ketua jurulatih bagi juara Liga Rssia, CSKA Moscow menggantikan Fabio Capello pada Ogos tahun lalu dan membantu Rusia layak ke Euro 2016 namun pasukannya mencatatkan keputusan yang mengecewakan pada kejohanan kali ini.

ARTIKEL YANG SAMA