Slutsky sedia ubah nasib CSKA

Slutsky sedia ubah nasib CSKA

MOSCOW, 29 Julai – Bos pasukan CSKA Moscow, Lenoid Slutsky (GAMBAR BAWAH), yang membimbing pasukan Rusia dalam kempen Euro 2016 dalam penyingkiran memalukan, berharap bagi menukar nasib ketika kelabnya bersedia untuk mempertahankan gelaran liga mereka pada hujung minggu ini.

Juara bertahan itu akan berada dalam musim baru setelah kehilangan pemain penyerang Nigeria, Ahmed Musa kepada juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City.

Mereka akan mula mempertahankan gelaran mereka di Anzhi Makhachkala selepas kekalahan dalam perlawanan pembuka tirai Piala Super kepada pemenang piala, Zenit St Petersburg.

“Barisan pertahanan kami tidak berada dalam keadaan sama dan kami mencipta terlalu sedikit peluang dalam serangan,’ kata Slutsky.

‘Ia adalah biasa menjelang awal musim memandangkan kami masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki permainan kami.”

p20-3_20160730

Slutsky mengalami hubungan hambar bersama pasukan kebangsaan Rusia selepas kempen Euro yang mengecewakan akibat persembahan hambar di atas padang dan kejadian samseng di tempat penonton.

Tuan rumah Piala Dunia 2018 itu menamatkan perlawanan di tangga tercorot dalam Kumpulan B selepas hanya seri menentang England dan tewas kepada Wales dan Slovakia.

Kembali di CSKA, pengurus pasukan Red Army itu sekarang mengharapkan pemain penyerang dari Ivory Coast, Lacina Traore, yang ketibaannya dari pinjaman dari Monaco, akan dapat mengisikan ketiadaan Musa kepada Leicesiter.

“Traore adalah pemain penting dalam barisan serangan kami. Dia masih perlu menyesuaikan permainan CSKA dan meneruskan kekuatan dalam berpasukan,” jelas Slutsky. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA