SM Chung Hwa juara olahraga Brunei I

SM Chung Hwa juara olahraga Brunei I

Oleh Radhiah HAL

Gambar oleh Suzy HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta Kawasan Brunei I anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan yang berlangsung di Padang Kebajikan, Berakas, di sini.

Kejohanan yang dikendalikan oleh Sekolah Rendah Pintu Malim itu diadakan selama dua hari bermula kelmarin dan dirasmikan oleh Pemangku Pengarah JPKK, Awang Roslin bin Suhailee.

Kejohanan tahun ini telah disertai oleh 15 buah sekolah rendah di mana SM Chung Hwa memperoleh 21 pingat emas dan satu pingat perak; Sekolah St Andrew di tempat kedua dengan memperoleh dua pingat emas, 10 pingat perak dan sembilan pingat gangsa sementara Sekolah St George’s di tempat ketiga dengan memperoleh enam pingat perak dan sembilan pingat gangsa.

Juara keseluruhan Sekolah Menengah Chung Hwa.
Juara keseluruhan Sekolah Menengah Chung Hwa.

Sebanyak 23 pingat emas, perak dan gangsa dipertandingkan dari 12 acara larian dan padang yang dipertandingkan antaranya larian 100 meter, 200 meter, lari berganti-ganti 4×100 meter, lompat jauh, lempar cakera dan lain-lain.

Kejohanan berjalan dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA