SM Katok juara Zon II

SM Katok juara Zon II

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Peringkat akhir Kejohanan Bola Sepak bagi Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Zon II telah diadakan di Padang Kebajikan, Berakas.

Dua kategori yang dipertandingkan ialah Kategori B (bawah 15 tahun) dan Kategori C (bawah 18 tahun). Bagi Kategori B, perlawanan akhir diadakan di Padang UBD, 13 Jun lalu.

Johan Kategori B ialah Sekolah Menengah (SM) Katok, tempat kedua SM Sayyidina Abu Bakar dan tempat ketiga dimenangi oleh Maktab Sains dan SM Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri.

Manakala Kategori C telah dimenangi oleh SM Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri. Tempat kedua dimenangi oleh SM Lambak Kiri dan tempat ketiga dimenangi oleh SM Berakas dan SM Sultan Sharif Ali. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah ialah Pengetua SM Berakas, Liew Yong Kim.

Kejohanan yang bermula dari 2 hingga 15 Jun ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan dan SM Berakas menjadi tuan rumah kejohanan tahun ini.

Aksi perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak untuk sekolah-sekolah menengah dan Maktab Zon II. – Gambar SM Berakas
Aksi perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak untuk sekolah-sekolah menengah dan Maktab Zon II. – Gambar SM Berakas
SM Lambak Kiri muncul naib juara. – Gambar SM Berakas
SM Lambak Kiri muncul naib juara. – Gambar SM Berakas

ARTIKEL YANG SAMA