SM Katok, SR PAP Besar muncul juara

SM Katok, SR PAP Besar muncul juara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Pasukan dari Sekolah Menengah Katok dan pasukan Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, dinobatkan sebagai johan kategori masing-masing dalam Pertandingan Akhir Tarian Brunei Asli antara Sekolah-sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-Maktab Senegara 2015 baru-baru ini.

Dalam kategori sekolah menengah, dengan kutipan markah 89.7 peratus, SM Katok disaingi rapat oleh pasukan dari Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong, yang menduduki tempat kedua dengan markah 89 peratus sementara itu tempat ketiga disandang oleh pasukan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri diikuti Sekolah Menengah Menglait di tempat keempat.

Kategori Sekolah Rendah

Manakala itu, dalam kategori Sekolah Rendah, SR Pengiran Anak Puteri Besar menewaskan pasukan Sekolah Rendah Pantai Berakas yang berada di tempat kedua sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 10 dan Sekolah Rendah Pusar Ulak.

Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar Johan Pertandingan Akhir Tarian Brunei Asli antara Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-Maktab senegara Tahun 2015 Bahagian Sekolah Rendah.
Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar Johan Pertandingan Akhir Tarian Brunei Asli antara Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-Maktab senegara Tahun 2015 Bahagian Sekolah Rendah.
Sekolah Menengah Katok Johan Pertandingan Akhir Tarian Brunei Asli antara Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-Maktab senegara Tahun 2015 Bahagian Sekolah menengah.
Sekolah Menengah Katok Johan Pertandingan Akhir Tarian Brunei Asli antara Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah dan Maktab-Maktab senegara Tahun 2015 Bahagian Sekolah menengah.

pgm3_150529_e

Penyampaian hadiah kepada para pemenang di majlis yang berlangsung di The Mall Gadong, hari ini, ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar.

Kebudayaan seni tari

Sebanyak 24 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah menyertai pertandingan kali ini, yang antara lain bertujuan untuk mengetengahkan bakat dalam bidang seni budaya dan kebudayaan seni tari Brunei Asli, sekali gus mendorong para pelajar untuk mendalami dan menghayati seni yang seharusnya diwarisi turun temurun oleh anak-anak Brunei sendiri.

Dalam masa yang sama, pertandingan ini juga dihasratkan dapat melahirkan masyarakat berdisiplin, bermaruah, bersopan santun dengan mengikut tatasusila orang Brunei serta paruh dan yakin kepada diri sendiri baik dalam latihan, persembahan dan pembelajaran masing-masing.

Pertandingan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum itu turut menjadi wadah praktikal budaya dan kebudayaan orang Brunei sendiri yang aslinya tanpa mengikut atau dipengaruhi budaya orang lain atau budaya Barat.