SM Menglait sambut Israk Mikraj

SM Menglait sambut Israk Mikraj

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Kira-kira 480 orang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Menglait, Gadong telah menghadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj 1436H di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan daripada Pengetua sekolah berkenaan, Awang Mohidin bin Haji Noordin.

Sambutan itu diteruskan lagi dengan ceramah ‘Kelebihan Sembahyang’ yang disampaikan oleh Haji Sammali bin Haji Adam, dan ditutupi dengan alunan selawat dan qasidah yang didendangkan oleh Kelab Khidmat dan Qasidah Pusat Belia (KHIDMAT).

Antara guru-guru dan para pelajar yang sama-sama meraikan sambutan Israk Mikraj.
Antara guru-guru dan para pelajar yang sama-sama meraikan sambutan Israk Mikraj.

ARTIKEL YANG SAMA