SM Rimba anjur Majlis Khatam Al-Quran

SM Rimba anjur Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Sekolah Menengah Rimba telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Penggal 3 yang disertai seramai 100 orang peserta dalam kalangan guru-guru, kakitangan dan pelajar Tahun 7 hingga 11, hari ini.

Majlis yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, dimulakan dengan bacaan surah-surah Lazim oleh para peserta khatam yang telah mengikuti program Tadarus setiap hari Khamis sejak awal tahun ini dan diikuti dengan bacaan Takhtim oleh pelajar sekolah berkenaan.

Antara lain tujuan program seperti ini adalah untuk menanamkan dan menyuburkan budaya membaca, mempelajari dan menghayati Al-Quran serta mengamalkan ajaran-ajarannya sebagai amalan harian dalam kalangan diri para pelajar dan warga sekolah.

Selain itu, ia juga untuk menggalakkan para pelajar untuk terus berusaha mengkhatamkan bacaan Al-Quran mereka sebelum memasuki musim percutian sekolah dan juga untuk menyuntik semangat pihak sekolah agar menyediakan inisiatif-inisiatif yang menyokong ke arah Negara Zikir.

Peserta khatam terdiri daripada guru-guru yang terlibat sama dalam program bertadarus setiap Khamis sejak awal tahun ini.
Peserta khatam terdiri daripada guru-guru yang terlibat sama dalam program bertadarus setiap Khamis sejak awal tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA