SM Rimba anjur rentas desa

SM Rimba anjur rentas desa

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Awang Muhammad Helmi Hariri bin Abdul Latif tampil juara kategori C bagi pelajar lelaki bawah 18 tahun dalam Rentas Desa Sekolah Menengah Rimba kali ke-5 2016 setelah berjaya menamatkan larian lima kilometer dalam masa 26 minit dan 47 saat.

Tampil di tempat kedua ialah Awang Mohd Adi Shukri bin Salleh, sementara Awang Mohd Nazirul Waie Zain bin Rosman pula terpaksa akur menduduki di tempat ketiga

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada barisan pemenang ialah Pengetua Sekolah berkenaan, Haji Malai Shah Eran bin Syed Haji Yussof.

Sementara itu dalam kategori C perempuan pula, tampil juara ialah Dayang Karulnisah binti Abdullah yang berjaya menamatkan larian lima kilometer dengan catatan masa 38 minit dan 34 saat, mendahului pencabar terdekatnya, Dayang Siti Normodhati Haziqah Watniqah @ Fatin Afifah binti Haji Mokti di tempat kedua dan Dayang Umi Mardatul Marini binti Rosli di tempat ketiga.

Manakala dalam kategori B pelajar lelaki bawah 15 tahun pula diungguli oleh Awang Mohd Zulhazizan Hafizi yang berjaya menamatkan 3.8 kilometer dalam masa 20 minit dan 30 saat, disusuli di tempat kedua oleh Awang Mohd Khairul Ariffin dan Awang Mohd Aiman bin Haji Abdul Karim di tempat ketiga.

Dayang Siti Zahidah binti Borhanuddin pula tampil juara dalam kategori B pelajar perempuan bawah 15 tahun apabila berjaya menamatkan 3.8 kilometer di hadapan saingan rapatnya Afaf Ach-Chareef di tempat kedua dan Dayang Afiqah binti Abdul Khalid di tempat ketiga.