SM Rimba II anjur projek tanam herba

SM Rimba II anjur projek tanam herba

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) bagi Sekolah Menengah (SM) Rimba II, telah mengadakan Projek Penanaman Pohon-pohon Herba di perkarangan sekolah berkenaan di Kampung Perumahan Rimba Gadong, kelmarin.

Acara itu dipimpin oleh Guru Homeroom Sinar, Awang Mohd Sabri bin Judin selaku ahli PIBG dan disertai sama oleh para pelajar serta kakitangan sekolah berkenaan.

Antara tujuan projek itu adalah bagi menghijaukan kawasan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan herba yang sangat memberi manfaat bukan sahaja sebagai penyeri kawasan sekolah malahan menjadi bahan rujukan bagi mata pelajaran yang berkenaan.

Selain itu, ia juga menjadi wadah hubungan kerjasama erat antara persatuan dengan masyarakat setempat terutama dalam kalangan ibu bapa dan pelajar sekolah tersebut.

ATAS & BAWAH: Ahli PIBG bersama para pelajar ketika bersama-sama menjayakan Projek Penanaman Pohon-pohon Herba di SM Rimba II.
ATAS & BAWAH: Ahli PIBG bersama para pelajar ketika bersama-sama menjayakan Projek Penanaman Pohon-pohon Herba di SM Rimba II.

Projek itu juga dihasratkan akan meningkatkan minat para pelajar dalam bidang kajian dan penyelidikan dan sekali gus meningkatkan kecenderungan pelajar dalam memilih mata pelajaran sains dan alam sekitar.

Hasil daripada tanaman itu nanti dihasratkan akan dapat dimanfaatkan pihak sekolah dan menjadi platform galakkan kepada para pelajar untuk terlibat dalam dunia keusahawanan melalui hasil tanaman.

ARTIKEL YANG SAMA