SM Rimba II anjur solat Hajat

SM Rimba II anjur solat Hajat

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Sekolah Menengah Rimba II telah mengadakan Majlis Solat Hajat bagi pelajar-pelajar Tahun 8 dan 11 yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam, malam tadi.

Majlis turut diselajurkan dengan Doa Kesyukuran sempena dengan Sambutan Hari Guru kali ke-26 tahun ini.

Terdahulu majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan disusuli dengan solat Isyak berjemaah.

Acara berkenaan adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri para pelajar Tahun 8 dan 11 yang bakal menduduki Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan GCE ‘O’ Level tidak lama lagi.

Turut hadir ialah guru-guru sekolah, para ibu bapa, penjaga, dan kakitangan sekolah berkenaan.

Antara jemaah wanita yang hadir pada majlis solat Hajat baru-baru ini.
Antara jemaah wanita yang hadir pada majlis solat Hajat baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA