SM Rimba II lancar Projek Readathon

SM Rimba II lancar Projek Readathon

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Sekolah Menengah Rimba II, kelmarin, telah melancarkan Projek Readathon, laman sesawang sekolah berkenaan dan kotak kutip pusaka hasil kolaborasi dengan Persatuan Siswazah Wanita (PSW), dalam majlis yang berlangsung di dewan serba guna sekolah menengah tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pelancaran-pelancaran berkenaan ialah Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Awang Zefri Ariff bin Mohammed Zain Ariff.

Turut hadir ialah Yang Di-Pertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaluddin serta ahli-ahli persatuan berkenaan.

Awang Zefri Ariff hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Awang Zefri Ariff hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Ketua Pegawai Eksekutif SM Rimba II, Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya menyatakan, antara tujuan utama Projek Readathon ini diadakan adalah untuk mengumpul sumbangan/dana bagi mendokong projek literasi penuntut-penuntut membeli buku-buku bagi menyokong sikap membaca dalam kalangan warga sekolah dan memberi sumbangan kepada penuntut-penuntut yang memerlukan bantuan di sekolah berkenaan.

Majlis pelancaran berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh para penuntut, penyampaian hadiah kepada pengutip derma terbanyak, pembaca terbaik dan penghargaan kepada para penaja. Antara acara kemuncak Readathon ialah aktiviti-aktiviti permainan serta jualan yang dibukakan kepada orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA