SM RIPAS hargai pelajar cemerlang

SM RIPAS hargai pelajar cemerlang

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS), Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Tamat Pengajian Brunei Cambridge GCE O Level dan IGCSE 2015 serta penyampaian hadiah akademik bagi pelajar Tahun Pra Vokasional, 7, 8, 9, 10 dan BTec 2015 yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Roslin bin Suhailee yang juga merupakan bekas Pengetua SM RIPAS dari tahun 2003 – 2011.

Pengetua SM RIPAS, Hajah Amal Nuriyah binti Haji Ahmad Kumpoh dalam ucapan alu-aluannya telah menekankan kepentingan dalam mencapai gred yang baik dalam peperiksaan ‘O’ Level.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak sekolah akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan keputusan Peperiksaan GCE ‘0’ Level dan IGCSE.

Penyampaian hadiah telah didahului dengan hadiah-hadiah bagi Peringkat ‘O’ / IGCSE Tahun 2015 iaitu Pelajar Terbaik Peringkat ‘O’, Pelajar Terbaik bagi Setiap Subjek dan Pelajar Progresif.

Pelajar terbaik menerima hadiah daripada Awang Roslin.
Pelajar terbaik menerima hadiah daripada Awang Roslin.

Ini diikuti dengan anugerah Kecemerlangan Akademik Bagi Tahun 7, 8, 9, 10, Pra Vokasional, 9SAP, BTEC 1 dan BTEC 2 Tahun 2015 serta pelajar yang banyak meminjam buku di perpustakaan.

Kategori Kejutan pula termasuk Anugerah Pengetua (Terbaik dalam subjek Pengetahuan Ugama Islam) yang dimenangi oleh Dayang Nurul Nabillah binti Abdullah yang mencapai 99 peratus dalam GCE O Level Islamic Religious Studies.

Pelajar Terbaik Keseluruhan pula ialah Dayang Nurmajidah Hazirah binti Majid yang memperolehi 9 O Level dengan 1A*, 5A, 2B, 1C, dan Awang Mohammad Wusalim bin Abdullah yang mencapai 8 ‘O’ Level dengan 3A, 3B, 2C pula menjadi Pelajar Contoh SM RIPAS 2015.

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada guru-guru yang mencatat keputusan cemerlang dalam BGCE ‘O’ Level dan IGCSE 2015, jabatan-jabatan yang mencapai sasaran negara, anugerah pengetua kepada guru cemerlang dan anugerah pengetua kepada ibu bapa contoh.

Selepas penyampaian anugerah, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar Tahun 11 sesi 2015 dan tayangan Video Ristaan Pelajar Tahun 11 sesi 2015.

ARTIKEL YANG SAMA