SM RIPAS rai peserta khatam

SM RIPAS rai peserta khatam

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Seramai 79 pelajar Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS) diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran sekolah itu semalam.

Pelajar yang diraikan terdiri daripada 43 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan Tahun 11 yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai Awang Adanan bin Haji Taha, diikuti bacaan ayat-ayat lazim oleh peserta khatam.

Acara diteruskan lagi dengan bacaan Takhtim yang diketuai oleh Dayang Haziyah binti Abang Hadzman, pelajar Tahun 9A1. Seterusnya, bacaan Doa Khatam oleh Awang Mohammad Syahmi bin Haji Kamaluddin, pelajar Tahun 11SC.

Tetamu kehormat (tiga dari kiri) ketika menghadiri Majlis Khatam SM RIPAS.
Tetamu kehormat (tiga dari kiri) ketika menghadiri Majlis Khatam SM RIPAS.

Dikir Marhaban dilaungkan diketuai oleh Awang Abang Hazran bin Abang Hadzaman.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil serta menabur bunga rampai ialah Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin.

Turut menabur bunga rampai ialah jemputan khas, guru-guru, ibu bapa dan penjaga peserta khatam.

ARTIKEL YANG SAMA