SM Sayyidina Husain terima kunjungan pelajar Jepun

SM Sayyidina Husain terima kunjungan pelajar Jepun

Oleh Abdul Aziz Pandin

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai dua orang guru dan lima orang pelajar dari Sekolah Tinggi Meguro, Jepun telah membuat lawatan sambil belajar ke Negara Brunei Darussalam.

Rombongan dari Jepun tersebut telah membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Mukim Sengkurong.

Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk menimba pengalaman baru dengan keluarga angkat, mendalami lebih terperinci mengenai kehidupan harian keluarga Melayu Brunei serta melihat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Negara Brunei Darusaalam.

Antara lain, lawatan tersebut adalah untuk mencari pengalaman baru tentang sistem persekolahan di Negara Brunei Darussalam, melihat budaya remaja Brunei, mengeratkan hubungan sosial dan silaturrahim antara pelajar-pelajar Brunei dan Jepun.

Pelajar-pelajar Jepun melawat bilik pameran lukisan.
Pelajar-pelajar Jepun melawat bilik pameran lukisan.

Lawatan selama dua hari itu diketuai oleh pengetua Sekolah Tinggi Meguro, Homma Kinei, di mana rombongan tersebut telah diisikan dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan seni kebudayaan Brunei, persembahan silat dari kelab seni silat, sesi suai kenal, lawatan ke bilik-bilik pameran lukisan dan perpustakaan.

Di samping itu, acara muzakarah berkumpulan dan pertukaran budaya dari kedua-dua sekolah juga diadakan agar pelajar-pelajar dari kedua-dua buah sekolah dapat bertukar-tukar dan berkongsi pendapat tentang sosial budaya, ekonomi, pembangunan negara dan sebagainya.

Untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam tentang kehidupan orang-orang Brunei, kesemua pelajar-pelajar Jepun itu juga turut diberikan peluang untuk tinggal bersama keluarga angkat mereka selama satu malam.

ARTIKEL YANG SAMA