SM Sayyidina Husain ungguli perseorangan lelaki

SM Sayyidina Husain ungguli perseorangan lelaki

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Kejohanan Badminton bagi Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Zon II bagi tahun 2016 disimpul degan dua perlawanan akhir bagi Kategori B dan Kategori C di Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Husain, Jerudong, di sini.

Dalam Kategori B, pemain perseorangan SM Sayyidina Husain, Abdul Mateen Seri Puspa tampil juara menewaskan pemain SM Sayyidina Hassan Mohd Faiz Haji Alinor sementara di tempat ketiga ialah pemain dari SM Muda Hashim Muhd Zulkarnain Muhd Hafizul.

Dalam Bahagian Perseorangan Perempuan pula, Nur Zuhairah Zepri dari SM Sufri Bolkiah tampil juara diikuti oleh Nur Ainna Khalida Kudil dari Mahad Islam Brunei di tempat kedua dan Nur Syahiran Johaney daripada SM Sayyidina Othman tampil di tempat ketiga.

Beregu Lelaki dalam kategori yang sama dikuasai pasangan Ahmad Faizun Haziq dengan Syifak Zulkifli dari SM Sayyidina Hassan apabila berjaya menewaskan regu SM Sayyidina Husain Mohd Mursil Mahadi dan Mohd Zailin Arzeeq.

Tampil di tempat ketiga dan keempat ialah regu SM Masin yang berada di hadapan regu SM Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Haji Musa menyampaikan hadiah kepada johan Kategori B Lelaki Perseorangan, Abdul Mateen Seri Puspa dari SM Sayyidina Husain.
Haji Musa menyampaikan hadiah kepada johan Kategori B Lelaki Perseorangan, Abdul Mateen Seri Puspa dari SM Sayyidina Husain.
Barisan pemenang-pemenang yang juga menerima hadiah mereka pada kejohanan itu.
Barisan pemenang-pemenang yang juga menerima hadiah mereka pada kejohanan itu.

Dalam Bahagian Perempuan pula, regu SM Sufri Bolkiah tampil juara apabila berjaya mendahului regu perempuan SM Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di tempat kedua dan regu SM Sayyidina Othman di tempat ketiga dan regu MIB di tempat keempat.

Sementara itu bagi Kategori C pula, perseorangan lelaki menampilkan Abdul Matin Abdul Hamid dari SM Sayyidina Husain tampil juara meninggalkan Azhar Abqari Haji Abas dari SM Sayyidina Hassan di tempat kedua.

Siti Nurhayati Mohd Jefri dari SM Sayyidina Othman pula tampil juara bahagian perseorangan perempuan meninggalkan pesaing rapatnya Dayangku Noradriana Amani binti Pengiran Sahari di tempat kedua diikuti pemain SM Sayyidina Husain Dayangku Nazurah binti Pengiran Haji Abdul Mobin di tempat ketiga.

Dalam Bahagian Regu Perempuan pula dimenangi pemain dari SM Sayyidina Othman Anis Fatin Atiqah dengan Nur Farah Izzati Jaming yang berjaya mengalahkan pasangan regu SM Sufri Bolkiah, Nursyafiqah Mohd Deli dan Amal Mahnesah Genral diikuti pasangan Nur Nabila dan Nur Wahidah dari SM Sayyidina Husain di tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti.